[PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN

[PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN
link : [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN

Baca juga


[PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN


Peranan Mara masih relevan


Kerajaan negeri memperakui dan mengiktiraf jasa dan usaha Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam menerajui transformasi bangsa seiring dengan hasrat kerajaan memartabatkan Bumiputera terutamanya dalam sektor keusahawanan dan pendidikan.

Exco Hal Ehwal Felda Negeri, Datuk Abu Bakar Harun berkata, Mara yang kini menjangkau usia 50 tahun masih kekal dan relevan.

Menurutnya, pencapaian Mara amat signifikan terutamanya dalam sektor keusahawanan dan pendidikan malah fungsinya jelas seiring matlamat utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Saya percaya, Mara sentiasa berusaha agar rakyat khususnya masyarakat Bumiputera dapat menikmati kesan langsung daripada setiap program yang dilaksanakan berpaksikan kepada keperluan dan kehendak rakyat.

“Di samping itu juga, ia bertujuan untuk memastikan proses pembangunan luar bandar khususnya pendidikan Bumiputera berada pada landasan yang betul,” katanya dalam ucapan sempena perasmian Majlis Penutup Program Speed Reading dan Kepimpinan Pelajar peringkat negeri Pahang anjuran Mara dengan kerjasama Puteri Umno Negeri di Dewan Umno Pekan.

Turut hadir, Pengarah Mara Pahang, Kamaruddin Awang dan Ketua Puteri Umno Pahang, Azlina Azma Mohd Azmi.

Abu Bakar berkata, beliau difahamkan, Program Speed Reading bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran membaca dengan lebih berkesan.

Katanya, melalui program itu beliau berharap pelajar yang didedahkan teknik speed reading dapat mengguna pakai kaedah yang dipelajari agar dapat membantu mereka mengoptimumkan masa belajar dengan lebih efektif terutamanya dari aspek pembacaan.

“Manakala bagi Program Kepimpinan Pelajar pula, mereka didedahkan dengan ilmu dan konsep kepimpinan bertujuan melahirkan bakal pemimpin pada masa hadapan yang bermotivasi tinggi dalam mentadbir urus bangsa dan negara dalam dunia globalisasi yang kian mencabar masa kini,” katanya.

Program Speed Reading melibatkan 300 pelajar tingkatan dua dan empat dari 16 sekolah menengah daerah Pekan manakala Program Kepimpinan Pelajar, melibatkan 200 pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan (KKTM), Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahya Ahmad, Pekan (IKM TSYA), Maktab Rendah Sains Mara Tun Abdul Razak, Pekan (MRSM TAR), GiatMARA Pekan dan GiatMARA Kuantan.




Demikianlah Artikel [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN

Sekianlah artikel [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] PERANAN MARA MASIH RELEVAN dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/pekan-peranan-mara-masih-relevan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :