#PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB

#PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB
link : #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB

Baca juga


#PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB




Kuala Lumpur - Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini dengan lantang mengikrarkan sokongan dan taat setia tanpa berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui parti dan kerajaan.

Ketua-ketua sayap parti itu menegaskan perkara ini dalam ucapan dasar mereka pada perhimpunan agung masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abd Jalil berkata pergerakan itu kagum dengan ketabahan dan kecekalan Najib menghadapi pelbagai fitnah, namun masih mampu berdiri sebagai pemimpin berjiwa besar.





Wanita UMNO, katanya sedar bahawa usaha melonjakkan status negara daripada sebuah negara membangun kepada negara maju, adalah lebih sukar daripada melonjakkan negara mundur kepada negara membangun kerana usaha mentransformasi acuan yang telah lama dibentuk bukanlah sesuatu yang mudah.

"Namun begitu, Najib masih cekal berdiri memperbetul satu demi satu kesilapan acuan sebelum ini dan bagi wanita, inilah pejuang bangsa. Wanita akan terus kekal setia kepada presiden walau seratus kali difitnah, seribu kali bangkit mara semula," katanya.

Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pula berkata Najib bukan sahaja terbuka dan menerima pandangan golongan muda bahkan menyokong kebanyakan idea pergerakan itu sehingga diangkat menjadi dasar dan program kerajaan.

"Inilah antara sebab mengapa Pergerakan Pemuda terus memberi sokongan kepada beliau untuk kekal menerajui parti dan kerajaan - seorang pemimpin yang sentiasa mendengar suara anak muda, seorang pemimpin yang telah banyak melaksanakan aspirasi untuk orang muda," katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu turut menarik perhatian 990 perwakilan yang hadir pada persidangan Pemuda itu dengan beberapa tayangan klip video mengenai inisiatif untuk orang muda yang diperjuangkan pergerakan itu, yang telah dilaksanakan kerajaan, termasuk pemilikan rumah, peluang kerja dan gaji minimum.

Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin pula menegaskan bahawa kesetiaan pergerakan itu kepada pemimpin dan parti melambangkan tiang seri dalam parti untuk memastikan kekuatan dan kestabilan UMNO.

Katanya kesetiaan merupakan satu daripapa ciri mentaliti jaguh yang perlu dimiliki semua anggota parti, khususnya ketika parti sedang menyusun gerak kerja mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Mas Ermieyati berkata sejarah telah membuktikan banyak negara besar dan agung pada suatu ketika dahulu menjadi hancur berkecai apabila hilang soal kesetiaan.

Ketua Puteri UMNO itu juga menyatakan komitmen pergerakan itu untuk merealisasikan visi Transformasi Nasional 50 (TN50) yang digagaskan Najib.

"Saya yakin, gagasan itu akan terus memakmurkan dan memajukan negara, bukan sahaja untuk faedah orang Melayu, tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya yang turut mengajak semua perwakilan Puteri untuk turut menyokong visi itu.




Demikianlah Artikel #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB

Sekianlah artikel #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #PAU2016: WANITA, PEMUDA, PUTERI IKRAR SOKONGAN PADU KEPADA NAJIB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/pau2016-wanita-pemuda-puteri-ikrar.html

Subscribe to receive free email updates: