Judul : Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera
link : Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera
Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera
Sinar
20 maut, 50 cedera kerana monyet tarik tudung.
SABHA - LIBYA. Tindakan seekor monyet belaan menarik tudung seorang pelajar sekolah menyebabkan pertempuran berdarah antara dua puak di Libya, empat hari lalu.
Menurut laporan Al-Jazeera, monyet milik seorang peniaga dari puak Gaddadfa berkenaan juga mengigit dan mencakar mangsa, menyebabkan puak Awlad Suleiman membunuh tiga orang dari puak Gaddadfa dan monyet tersebut.
Ketua di hospital Sabha, Abdel-Rahman Areish berkata 20 orang disahkan maut manakala 50 lagi cedera pada Ahad.
"Pertempuran bertambah sengit pada hari kedua dan ketiga melibatkan penggunaan kereta kebal, mortar dan senjata berat," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Libya sentiasa dilanda konflik selepas bekas perdana menteri, Muammar Gaddafi digulingkan lima tahun lepas.
Puak Gaddadfa dan puak Awlad Suleiman merupakan puak bersenjata paling kuat di rantau tersebut.
Demikianlah Artikel Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera
Sekianlah artikel Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Monyet tarik tudung, sebabkan 20 maut, 50 cedera dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/monyet-tarik-tudung-sebabkan-20-maut-50.html