Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !

Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB ! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !
link : Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !

Baca juga


Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !

Lama dah tak menulis tentang KEGEMILANGAN 1MDB ....Rata2 rakyat Malaysia kira sudah tutup buku bahawasanya 1MDB itu HAMPEH. 1MDB itu merugikan dan tak guna satu sen pun kepada negara dan rakyat. 1MDB itu adalah HUTANG. Dan kita sebagai rakyat pula yang harus menanggung beban membayar balik hutang2 1MDB dalam bentuk cukai dan lain2 bebanan kos hidup yang semakin meningkat saban hari. SEMUANYA KERANA NAJIB, 1MDB dan ..... JHO LOW.

Kita hanya menunggu berita pencerahan mengenai apa yang bakal terungkai tentang SKANDAL 1MDB di mahkamah2 antarabangasa sebab nak harapkan maklumat dari kerajaan Malaysia sendiri adalah sia-sia. Kerajaan kita hanya tahu nak SOROK maklumat dari kita, sepertinya tidak mahu rakyat tahu mengenai rahsia di sebalik skandal 1MDB, sepertinya mahu melindungi individu2 tertentu disebalik skandal 1MDB.

Siapa lagi individu itu kalau bukan Najib @ MO1 !

Namun, sesekali pihak kerajaan melalui macai2nya seperti JASA masih cuba mempengaruhi minda rakyat supaya melihat 1MDB dalam konteks yang positif. Mereka akan senaraikan PENCAPAIAN GEMILANG 1MDB supaya rakyat akan puji kehebatan 1MDB.

Pencapaian Gemilang 1MDB itu tidak lain hanyalah kononnya kejayaan 1MDB bayar balik hutang ! Tak percaya sila baca -




JASA UPDATE
07 November 2016

Dari Parlimen

3 Pencapaian Pelan Rasionalisasi 1MDB

1. Tiada sebarang rancangan untuk membubarkan 1MDB sehingga Pelan Rasionalisasi 1MDB dimuktamadkan.

2. Kementerian Kewangan menjelaskan kepada ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen, struktur modal 1MDB bergantung kepada penggunaan hutang untuk membeli dan membangunkan asset. Aliran tunai berterusan diperlukan untuk pembayaran faedah dan prinsipal hutang.

3. Isu 1MDB sebenarnya adalah satu isu perniagaan di mana ketidakseimbangan aliran tunai telah timbul apabila pelan pelaksanaan Initial Public Offering (IPO) Edra tidak berjaya seperti yang dirancang.

4. Bagi menangani cabaran tersebut dan untuk membayar balik hutang, Kerajaan telah menjalankan kajian strategik dan seterusnya melaksanakan Pelan Rasionalisasi terhadap 1MDB.

5. Menerusi Pelan Rasionalisasi, 1MDB telah berjaya membawa masuk dana pelaburan yang signifikan daripada pelabur-pelabur domestik dan antarabangsa.

6. Antara pencapaian Pelan Rasionalisasi 1MDB adalah seperti berikut:

i. Penjualan tanah di TRX kepada Tabung Haji, Mulia Group (Indonesia), Affin Bank, WCT dan Lend Lease (Australia)

ii. Penjualan 60% kepentingan ekuiti di dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd pada nilai tanah sebanyak RM12.35 bilion

iii. Penjualan 100% kepentingan ekuiti di dalam syarikat Edra pada nilai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion

Dengan penjualan kepentingan tersebut, 1MDB telah membuat pembayaran hutang-hutang seperti berikut:-

i. Pembayaran awal : RM3 bilion hutang kepada bank-bank tempatan

ii. Pembayaran awal : RM2 bilion hutang kepada Marstan

iii. Pembayaran awal : AS$150 juta kepada Exim Bank

iv. Pembayaran balik : RM950 juta Kerajaan Malaysia

“1MDB kini tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek dengan dana lebihan sebanyak RM2 bilion untuk membayar faedah dan pembangunan infrastruktur projek,” jelasnya.

                                 ******************
Kan ..... kalau sekali baca ... kita terasa macam nak puji jugalah 1MDB ni .... Peeergh Hebat !

Dua kali baca .... kita terfikir balik.... laaaa ... kejayaan BAYAR BALIK HUTANG adalah Kejayaan Gemilang 1MDB yang sedang digembar gemburkan oleh kerajaan ? ? 


Ingatkan adalah bangunan2 tinggi yang canggih, atau patung emas gergasi pasangan Najib Rosmah di tengah2 kota Kuala Lumpur yang menjadi tarikan pelancong2 dunia ... yalah, kita bercakap tentang HUTANG SEBANYAK RM50 BILION !

Sepatutnya apa yang diceritakan adalah APA yang boleh kita lihat dengan mata kasar kita .... APA yang telah dibina dengan wang sebanyak itu. Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia tentang 1MDB .... Nah, patung emas gergasi Najib Rosmah ! HEBAT !

Rupanya ..... kehebatan 1MDB adalah keupayaannya bayar balik hutang .... laaa ......


Yang 1MDB berhutang itu untuk apa ?

Itu pun kalau benar hutang2 1MDB telah berjaya dilangsaikan. Kalau kita baca balik kenyataan JASA di atas, bunyi macam dah setel .... benarkah ?

Jom layan apa komen rakan FB Yaakob Osman ( KLiK ) yang berpengalaman dalam bidang ekonomi dan kewangan -


KOMEN Yaakob Osman -

Jumlah hutang 1MDB setakat 1January 2016 ialah 50.1 billion. Mengikut jawaban bertulis di atas cuma 6.5 billion dari hutang tersebut telah dibayar. 

Ini bermakna ada bagi pokok hutang sebanyak 43.5 billion. INI balance outstanding saja lah dulu. Bunga you all pun tahu kurang lebih 2.6 billion setahun.

Dalam jawaban yang sama juga mereka berkata tiada lagi hutang bank semua nya dah dibayar. Jangan tertipu tuan tuan. Hutang bukan bermaksud dgn bank saja. Memang 1MDB tidak banyak hutang bank.

Yang banyak ialah bonds. Saya senaraikan hutang hutang bond 1MDB di bawah:

1. IMTN 5 b
2. 10 year bond - 7 b (usd 1.75b)
3. 10 year bond - 7 b (usd 1.75b)
4. 10 year bond - 12b (usd 3b)
5. IPIC - 4.4b (usd 1.1b )


Makanya jumlah hutang yang belum berbayar ialah 36.4 billion . Ini pokok saja tau. Bunga lain kira. (Which should come up total to about 44b as of January 1 2016)

Walaupun mereka cuba mengaburi mata kita bahwa dah habis bayar hutang bank.. which is only telling half the story mereka lupa nak bagitau yg saya sebut.

Ini belum kira kesemua tuntutan IPIC tau ( only 4.4b saya tulis) - Kalau IPIC menang timbangtara, 1MDB terpaksa bayar RM26 bilion kepada IPIC

Jadinya apa yang akan diwarwarkan di media masa 1MDB tiada lagi hutang bank hasil dari pelan rasionalisasi. Malah 1MDB kununnya ada lagi baki 2 billion tunai.

Jangan percaya bulat2 tuan tuan. Yang pastinya nya kesemua hutang2 bonds di atas pokok nya sesen pun belum dibayar. Pelan rasionalisasi yang gagal kalau ikut congak saya.

Kenapa? Kerana hasil jualan Edra energy saja yg dapat tunai. Bayaran untuk jualan Bandar Malaysia ialah pada tahun 2022.

Dan yang paling penting kita mungkin tidak akan tahu kesudahan nya. Why? Kerana account 1MDB nampaknya tiada Auditors yang nak jadi pak sanggup.

Memindahkan 1MDB kepada MoF samalah juga dgn SRC..dapat payung besar dan tak perlu nak audit. Siapa pun tidak berani paksa.

                                  *****************

Laaa.... tak setel mana pun !  Hutang is hutang. Anda berhutang dengan bank tempatan ke atau dengan bank luar negara ke ..... namanya tetap HUTANG. Rakyat juga kena tanggung. 

Lepas jual aset utama IPP Edra, 1MDB masih berhutang berpuluh2 bilion lagi ! Bila cukup setahun, bunga2 interest yang mekar kembang akan buat apa yang kita bayar sebelum itu jadi sia2 sebab hutang naik balik.... kan ?

Apa yang tinggal pada 1MDB adalah tanah yang dikurniakan oleh kerajaan pada harga murah giler, yang boleh kita anggap sebagai free. Yang itu pun kita nak kena jual sebab nak bayar hutang.

DAN KITA MASIH BERHUTANG LEBIH RM40 BILION  selepas jual IPP dan sebahagian tanah negara ..... 

Seharusnya rakyat Malaysia jadikan persoalan ini satu keutamaan kepada 1MDB dan kerajaan untuk jawab - KE MANA PERGINYA RM50 BILION DUIT 1MDB ? ?

Akhir kata, baca rumusan dari Yaakob -


Kerana itulah demi Malaysia yang lebih baik, menjadi tanggungjawab kita semua untuk tdk lagi menyokong BN. Selagi mereka masih memerintah tidak mungkin kita akan dpt merungkai kan semua tentang 1MDB dan SRC.

Dalam masa yg sama pimpinan yg sama mahu berhutanng lagi 55 billion utk rail pantai timur yg bukan priority. Ini sangat merunsingkan.

Anda mahu diam dan terus sokong? Not me ..no way. My vote will no longer be for BN. Enough is enough..alll the lies and deciets.

The key is to look for things they did not tell you as above.


p.s jangan igt org kpg or Felda tdk faham..saya dan rakan rakan saya akan pastikan mereka faham siapa yang songlap wang wang ini semua.



Demikianlah Artikel Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB !

Sekianlah artikel Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengimbas Pencapaian GEMILANG 1MDB ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/mengimbas-pencapaian-gemilang-1mdb_8.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :