Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?

Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?
link : Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?

Baca juga


Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?

Pada tahun 2010 sehingga 2013, pada peringkat UPSR, secara purata, sebanyak 3% murid atau 15 000 orang murid berada di bawah tahap penguasaan minimum (Semua Gred D/E, atau kombinasi kedua-duanya), manakala pada peringkat SPM, secara purata, sebanyak 5% murid atau 21 000 orang murid berada dalam gred terendah (D, E dan G) (Kertas Strategi RMK 11, 2015).

Maka, pada pandangan saya, sebenarnya, pencapaian tahun 2016 ini lebih baik berbanding tahun 2010 - 2013.

Jika dulu, 15000 orang berada dalam tahap paling minimum, pada tahun 2016, jumlah itu menurun kepada 10 000 orang, walaupun jumlah itu masih lagi jumlah yang besar.

Namun, untuk lebih difahami konteksnya, berbanding tahun 2010 - 2013, bentuk soalan tahun 2016 juga lebih sukar dengan aras kesukaran KBAT lebih tinggi sehingga 40%.

Justeru, walaupun murid yang mendapat pencapaian tertinggi tidak seramai tahun sebelumnya, ia adalah relatif. barangkali untuk membandingkan dengan tahun sebelumnya juga tidak adil.

Sambil tidak menafikan bahawa ada ramai yang kecewa kerana tidak mendapat keputusan terbaik, kita juga perlu tidak menafikan bahawa terdapat peningkatan yang baik dalam kalangan anak anak kita terhadap kemahiran berfikir mereka, berbanding generasi sebelumnya.

UPSR, pada asasnya diwujudkan untuk saringan dan pemilihan murid ke sekolah berasrama penuh (SBP), yang mana SBP ini juga ruang untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik untuk anak anak yang tidak berkemampuan, luar bandar dan pedalaman untuk turut bersaing dalam ruang pembelajaran yang lebih selesa dan baik.

UPSR bukan medan untuk penilaian tahap penguasaan pembelajaran 6 tahun sekolah rendah. Apa lagi, sistem pentaksiran sekarang sudah berada dalam sistem pentaksiran berasaskan sekolah yang memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran, bukan hasil di akhir pembelajaran semata-mata.

Selamat maju jaya untuk semua guru dan murid. Tahniah. Perjalanan transformasi Pendidikan di Malaysia masih jauh. Marilah kita keluar daripada kepompong sistem berorientasikan peperiksaan kepada sistem berorientasikan misi Pendidikan. :-)

Iaitu mengembangkan potensi insan!

Facebook: Radin Muhd Imanuddin

jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum?

Sekianlah artikel Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa keputusan UPSR 2016 lebih berkualiti berbanding tahun sebelum? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/mengapa-keputusan-upsr-2016-lebih.html

Subscribe to receive free email updates: