Judul : MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!!
link : MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!!
MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!!
RUU 355 tidak seharusnya jadi isu polemik
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man tegaskan isu Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta 355 ini tidak seharusnya dipolemikkan.
Menurutnya, ia merupakan hak orang Islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara.
"RUU 355 yang dibawa oleh Presiden Pas seharusnya tidak menjadi isu besar kerana kami mengikuti prosedur yang betul dan membawanya ke Parlimen untuk dibahaskan.
"Lagipun ia berkait rapat dengan orang Islam oleh itu, orang ramai harus melihatnya sebagai satu usul yang positif," katanya sewaktu sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.
Sebelum ini, usul pindaan Akta 355 ini telah dibawa ke Parlimen oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui usul persendirian.
Tambahnya lagi, parti-parti di negara ini perlu mengubah persepsi mereka jika mahu negara yang lebih sejahtera.
"Tidak semestinya jika kerajaan yang bawa usul, ia baik dan jika pembangkang yang bawa usul ia tidak baik.
"Kita tidak perlu lihat siapa yang membawa usul ini tetapi lihat apa isu yang dibawa, jika ia bagus, kita sokong, jika tidak bagus, kita bantah. Barulah negara aman sejahtera," katanya lagi.
Demikianlah Artikel MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!!
Sekianlah artikel MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MASALAHNYA SEBUT SAHAJA ISLAM DAN SYARI'AH MESTILAH TAK BAIK !!!!! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/masalahnya-sebut-sahaja-islam-dan.html