Judul : Maria bebas
link : Maria bebas
Maria bebas
Maria Chin bebas selepas 10 hari
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dibebaskan hari ini selepas ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 19 November lepas.
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di laman Twitternya sebentar tadi.
"Maria dah bebas! Ini gambar beliau bersama Ambiga. Tetapi, dia tidak sepatutnya ditahan mengikut Sosma pada mulanya," kata Saifuddin.
Sementara itu, peguam Datuk S. Ambiga juga memuat naik foto Maria Chin memeluk ahli keluarganya setibanya di kediaman mereka.
Maria Chin ditangkap ketika beliau berada di pejabatnya di Blok A, Pusat Perniagaan 8 Avenue, Petaling Jaya, pada 3.10 petang 18 November lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5 pada Sabtu lepas.
Demikianlah Artikel Maria bebas
Sekianlah artikel Maria bebas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maria bebas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/maria-bebas.html