Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA

Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA
link : Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA

Baca juga


Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA

PUTRAJAYA 24 Nov. - Malaysia menyasarkan untuk mencatat kedudukan terbaik dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assesment (PISA) menjelang 2025.

Kedua-dua penandaarasan itu amat penting untuk negara menilai keberkesanan dasar pendidikan, sekali gus memberi ruang kepada penambahbaikan.
Timbalan Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan, Dr. Ahmad Rafee Che Kassim berkata, negara memerlukan satu kayu ukuran untuk menilai potensi para pelajar berbanding negara lain menerusi kajian yang dikeluarkan oleh TIMSS dan PISA.

“Menerusi kajian itu, kita melakukan penambahbaikan pada setiap dasar pendidikan negara. Misalnya, penerapan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025,” katanya.

Tambahnya lagi, hasil kedudukan negara dalam TIMSS dan PISA sebelum ini telah menunjukkan penurunan skor yang ketara . Ini telah mencetuskan pelbagai inisiatif untuk penambahbaikan kurikulum, pembelajaran dan pengajaran, latihan guru dan pentaksiran di peringkat kebangsaan.

“Misalnya setelah mengenal pasti kelemahan murid dalam aspek kemahiran KBAT, oleh itu kita te­lah memperbanyakkan unsur tersebut dalam kurikulum, soalan peperiksaan, kandungan buku teks dan profesional perguruan,” katanya.
Katanya lagi, bermula 2013, Kementerian Pendidikan menetapkan 20 peratus unsur KBAT dimasukkan dalam peperiksaan awam merentas semua mata pelajaran dan peratusannya meningkat pada tahun berikutnya.

Ahmad Rafee memaklumkan bahawa tindakan penambahbaikan lain yang diambil oleh pihak kementerian adalah pembangunan bahan sumber matematik dan sains di bawah aspek profesionalisme guru serta kandungan kemahiran pedagogi.

“Selain itu, pelaksanaan program Hayati Eksplorasi Berfikir Aras Tinggi (HEBAT ) sains dan matematik turut dilaksanakan menerusi kerjasama pihak kementerian dengan pakar-pakar dari universiti tempatan dan luar negara.

Tindakan ini untuk memastikan para pelajar kini bukan sahaja meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan tetapi mahu mereka mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian, katanya.

“Penyertaan Malaysia dalam TIMSS dan PISA memberi manfaat kepada perancangan menambah baik sistem pendidikan negara sejajar usaha menyediakan modal insan yang boleh bersaing di peringkat global.

“Pelbagai usaha yang diambil berdasarkan hasil kedua-dua kajian itu merupakan antara intipati PPPM 2013-2025.

“Dapatan pentaksiran ini telah mencetuskan perubahan yang komprehensif dan dinamik dalam sistem pendidikan negara menerusi dokumen penting ber­kenaan,” katanya.

“Kedua-dua penandaarasan ini merupakan satu data untuk mengenal pasti tahap kemahiran dan pengetahuan pelajar bagi memberi peluang kepada sesebuah negara melakukan perancangan pada masa depan.

“Malaysia tidak terkecuali dalam soal ini. Apabila kita mendapati skor menurun, Kementerian Pendidikan perlu melakukan satu usaha agar kualiti pendidikan negara tidak ketinggalan,” katanya.

jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA

Sekianlah artikel Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Malaysia sasar kedudukan terbaik senarai TIMSS dan PISA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/malaysia-sasar-kedudukan-terbaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :