Judul : [KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH
link : [KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH
[KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH
Bapa kepada lima anak redha dengan ketentuan ALLAH, apabila diduga dengan ujian tiada keupayaan untuk bergerak selepas seminggu pulang dari mengerjakan umrah, setahun lalu.
Kehidupan Raduan Zin, 51, mula berubah setelah dia diserang angin ahmar sehingga menyebabkan sebelah kanan badan tidak mampu bergerak seperti sedia kala.
Meskipun tidak boleh bergerak, namun dia masih bersyukur kerana dikurniakan isteri dan anak-anak yang memahami dan sedaya upaya membantunya untuk sembuh.
“Saya sekarang tak bekerja dan tugas menyara keluarga ini sepenuhnya kepada Rosmala Awang, 48 (isteri) yang terpaksa berniaga sendiri.
“Saya hanya mampu berdoa agar ALLAH permudahkan urusan pencarian rezeki isteri kerana lima anak masih masih bersekolah,” katanya ketika ditemui di sini, di Kampung Jaya Gading di sini selepas menerima kunjungan Adun Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud baru-baru ini.
Dalam kunjungan itu, Khairuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barang keperluan bagi meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.
Khairuddin berkata, beliau berharap sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban Raduan dan keluarganya.
“Kita sedia maklum kesulitan yang dihadapi oleh keluarga ini dan kita ambil perhatian untuk memberikan bantuan-bantuan lain yang sewajarnya,” katanya.
Demikianlah Artikel [KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH
Sekianlah artikel [KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] UJIAN LEPAS BALIK UMRAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/kuantan-ujian-lepas-balik-umrah.html