Judul : KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG !
link : KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG !
KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG !
Konvensyen tanpa Pas ibarat ‘kereta tiada enjin’
KOTA BHARU - Konvensyen Pakatan Harapan yang dibuat tanpa Pas adalah ibarat ‘kereta tanpa enjin’ dan bersesuaian dengan situasi politik hari ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, adalah menjanggalkan apabila Pakatan Harapan lebih melihat kepada menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan mengutamakan Bersatu daripada kekuatan Pakatan.
Oleh itu, Iskandar Hasan berpandangan, adalah tidak menghairankan apabila Pas tidak menjadi keperluan dalam konvensyen tersebut dan laungan reformasi hanya sekadar retorik yang telah dimainkan sejak 1999.
“Biarpun pada asasnya perpecahan dan tidak sependapat antara parti-parti dalam Pakatan Harapan pasti berlaku selepas PRU14.
“Maka solusi yang dicapai dalam konvensyen tersebut yang meletakkan satu lawan satu menentang BN dalam PRU14 hanya sekadar bermimpi di siang hari,” katanya.
Sinis beliau, kejujuran Pakatan Harapan untuk membela nasib rakyat hanya sekadar bermusim tanpa ada hasilan yang konkrit dan ini bermakna konvensyen itu hanyalah memuaskan pihak-pihak tertentu bukannya melihat lebih jauh mengenai permasalahan rakyat.
Beliau juga beranggapan konvensyen sulung berkenaan itu nampaknya diterajui oleh Bersatu dan kurangnya peranan PKR serta DAP.
“Adakah sebuah parti yang baru ditubuhkan nampak lebih berkuasa daripada dua parti veteran. Adakah konvensyen ini bermotifkan kepentingan survival politik individu tertentu.
“Di manakah suara Amanah, atau parti itu hanya mengikut kata orang. Amanah langsung tidak menunjukkan usaha dalam memartabatkan perjuangan Islam dalam konsensus konvensyen ini.
“Apakah konsensus tersebut digunakan untuk mencapai kehendak DAP dan Bersatu. Jika ini yang berlaku maka ke mana pergi nasib agama dan bangsa Melayu,” katanya.
Tambahnya, konvensyen tersebut juga digunakan sebagai platform untuk memburukkan usaha kerajaan pimpinan perdana menteri, sedangkan banjir yang berlaku di Pulau Pinang lebih kepada kegagalan DAP dalam menangani banjir.
Malahan katanya, isu air yang tercemar juga berpunca daripada kelemahan penguatkuasaan kerajaan negeri PKR di Selangor dan kedua-dua isu itu sepatutnya diutamakan supaya rakyat nampak keprihatinan Pakatan Harapan dalam membela nasib rakyat.
“Bukannya guna pendekatan populis seperti yang digunakan oleh seorang tokoh Pakatan Harapan pada masa lalu.
“Pendekatan populis hanya sekadar gimik konvensyen kalai ini dan lebih beretorik daripada mencapai janji-janji yang ditawarkan kepada rakyat semasa PRU13,” katanya.
Katanya, banyak janji-janji yang dibuat PKR dan DAP masih belum lagi terlaksana dan konvensyen itu juga didapati lebih mementingkan survival politik daripada keutamaan membela nasib rakyat.
Demikianlah Artikel KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG !
Sekianlah artikel KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KONVENSYEN YANG TAK DE ERTI LANGSUNG ! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/konvensyen-yang-tak-de-erti-langsung.html