[KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

[KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB
link : [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

Baca juga


[KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
“Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
Husseiny digantikan sebagai ketua eksekutif Aabar Investments tahun lalu, selepas memegang jawatan itu sejak 2010.
Yeo memberitahu mahkamah, Jho Low adalah pelanggan utama BSI dan memperkenalkan 1MDB kepada bank swasta itu.
Reuters gagal menghubungi Jho Low, Eric Tan atau Husseiny.
Yeo turut berdepan 7 pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang akan dibicarakan tahun depan.
Bank pusat Singapura mengarahkan operasi BSI ditutup pada Mei lalu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pegawai kanan pengurusan dan pekerja BSI.
Perbicaraan Yeo berakhir hari ini. - FMT


Demikianlah Artikel [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB

Sekianlah artikel [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KITA MASIH 'BUTA'] Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/kita-masih-buta-singapura-secara-rasmi.html

Subscribe to receive free email updates: