Judul : Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar
link : Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar
Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar
PETALING JAYA: Cadangan agar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengenakan bayaran disambut baik sebuah kumpulan pendidikan, yang menganggap ibu bapa berkemampuan tidak perlu bergantung kepada kerajaan.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim berkata sepatutnya ibu bapa yang berkemampuan membayar kos pelajaran anak mereka sendiri.
“Saya rasa tak mahal sangat kalau dia berkemampuan, dia taja seorang lagi. Jadi kita bagi peluang kepada mereka yang berkemampuan dan tidak berkemampuan,” katanya kepada FMT hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menubuhkan MRSM berbayar.
Ini kerana, katanya, ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu melanjutkan pelajaran di MRSM.
Azimah berkata sekiranya ibu bapa berkemampuan menaja seorang pelajar tidak berkemampuan, MRSM tidak akan menjadi sekolah elit atau hanya untuk golongan kaya.
Selain itu, mereka yang menaja pelajar yang tidak berkemampuan itu juga seharusnya diberikan pengecualian cukai, tambahnya.
Sumber: FMT
Demikianlah Artikel Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar
Sekianlah artikel Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kaya perlu taja miskin, PAGE sambut baik MRSM berbayar dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/kaya-perlu-taja-miskin-page-sambut-baik.html