Judul : Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..!
link : Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..!
Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..!
Sudah jelas bahawa rakyat melihat semua anggota parti Untuk Macai Najib Only dan sekutunya dalam Bieenn sepakat bahawa Jho Low dan 1MDB la masa depan mereka..! Jatuh bangun kerajaan ini pun kerana Jho Low dan 1MDB..! Asas perjuangan politik mereka pun nampaknya kerana Jho Low dan 1MDB..! Itu yang gila gila pertahankan..! Tak gitu?
Makanya selain Jho Low dan 1MDB bukan lagi perkiraan mereka...
BN hadapi masalah jika semua pembangkang bersatu
RAKYAT kini menyaksikan para pembangkang sedang mencari kata sepakat untuk bersatu menentang BN pada Pilihan Raya ke-14 (PRU14) kelak.
Menurut penganalisis politik, Md Shukri Shuib yang mendakwa BN bakal punyai masalah besar jika parti dan tokoh pembangkang utama di negara ini bertindak untuk bersatu.
“Jika kesemua mereka bersatu dan memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu antara kelompok calon parti-parti pembangkang, maka ia akan beri kesan yang besar kepada BN.
“Saya merasakan usaha penyatuan semua parti utama pembangkang dalam satu gagasan mestilah merangkumi peranan kelompok pemimpin yang dipayungi oleh Tun Dr Mahathir bersama dengan Pas, PKR dan DAP.
“Bagaimanapun, salah satu daripada kelompok ini tidak bersama pakatan pembangkang maka ia tidak membawa impak kukuh dalam perlawanan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Tambah beliau lagi, dengan isu yang wujud kini membuatkan rakyat mudah untuk mencari parti alternatif selain BN.
“Dengan isu politik membabitkan kepimpinan utama BN yang wujud kini, ditambah pula dengan isu ekonomi sosial masyarakat serta isu kos sara hidup.
“Ia menjadi faktor pelengkap kepada peningkatan simpati dan sokongan pada tokoh dan parti lain selain BN,” katanya lagi.
Beliau juga mencadangkan agar BN berwaspada kerana faktor kemenangan parti itu pada PRU 14 nanti bergantung sejauh mana kelompok parti tersebut mampu bergabung atau tidak.
“Kemenangan BN bukan hanya atas faktor persempadanan semula kawasan pilihan raya mengikut garis populasi kaum tetapi ia juga bergantung pada sejauh mana parti-parti ini mampu untuk bergabung sesama mereka.
“Jika berlaku pertandingan satu lawan satu, BN perlu mengutamakan siapa calon yang sesuai dan kekuatan calon ini bakal mengatasi lambakan isu yang menghentam BN ketika ini,” tambahnya.
Rakyat dah lama bersatu menunggu PRU..!
Tunggu..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Demikianlah Artikel Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..!
Sekianlah artikel Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jho Low & 1MDB Penyelamat BN Dalam PRU 14..! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/jho-low-1mdb-penyelamat-bn-dalam-pru-14_11.html