JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT

JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT
link : JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT

Baca juga


JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT


Jangan Jadikan Politik Karier Jika Tiada Hasrat Bantu Rakyat


Kuala Lumpur – Pelajar luar negara diingatkan supaya tidak menjadikan bidang politik sebagai karier jika keghairahan membantu rakyat dan membangunkan negara bukan perkara pokok yang ingin diperjuangkan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana terdapat lulusan luar negara yang hanya menceburi bidang politik kerana ingin mendapatkan habuan tertentu seperti projek.

“Politik bukan karier… mesti ada semangat untuk bantu rakyat dan negara. Apabila dengar gaji sudah naik, semua orang nak jadi wakil rakyat.

“Saya nasihatkan semua penuntut khususnya di luar negara belajar dulu betul-betul dan kalau ada semangat benar-benar nak bantu rakyat, baru balik jadi wakil rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesra Kelab UMNO Luar Negara sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di sini hari ini.

Tengku Adnan turut mengingatkan pelajar luar negara supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat di media sosial yang tidak diketahui kebenarannya.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata ini kerana pihak pembangkang sering menjadikan media sosial sebagai platform menyebarkan pelbagai maklumat tidak tepat mengenai kerajaan bagi mendapat sokongan golongan muda.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Presiden kelab berkenaan, Afiq Adham Muhamad Fadhil berkata penyertaan kelab tersebut dalam Pehimpunan Agung UMNO ke-70 tahun itu akan dimanfaat sepenuhnya untuk menyampaikan hasrat pelajar luar negara.


“Antara isu yang mungkin disentuh dalam perbahasan kami adalah berkaitan sensitiviti agama dan politik propaganda yang mengaitkan agama selain sokongan untuk kami mendapat tempat dalam dunia pekerjaan supaya dapat berbakti kembali kepada negara kelak,” katanya.




Demikianlah Artikel JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT

Sekianlah artikel JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JANGAN JADIKAN POLITIK KARIER JIKA TIADA HASRAT BANTU RAKYAT dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/jangan-jadikan-politik-karier-jika.html

Subscribe to receive free email updates: