HOT ~ Gegaran Singapura..!

HOT ~ Gegaran Singapura..! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HOT ~ Gegaran Singapura..!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HOT ~ Gegaran Singapura..!
link : HOT ~ Gegaran Singapura..!

Baca juga


HOT ~ Gegaran Singapura..!


Mana mahu lari..?

Bekas pengurus bank Jho Low mengaku salah

Bekas pengarah urusan bank BSI Switzerland, Yak Chee Yew dijatuhi hukuman penjara 18 minggu dan denda sebanyak S$24,000 (kira-kira RM75,000) selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah.
Straits Times, Singapura melaporkan Yak mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB.
Yak adalah pengurus bank bagi jutawan Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dan bertanggungjawab menjaga akaun 1MDB untuk bank Swiss BSI.
Oktober lalu, Yak didakwa dengan tujuh tuduhan jenayah oleh pihak berkuasa Singapura berkaitan dengan siasatan 1MDB di republik itu.
Pada masa yang sama, seorang lagi bekas pegawai bank BSI Yeo Jiawei sedang dibicarakan dan berdepan dengan empat pertuduhan kerana cuba mengganggu saksi.
Yeo semalam memberitahu mahkamah bahawa Jho Low adalah pelanggan paling penting Yak, kerana memperkenalkan BSI kepada dana pelaburan Malaysia iaitu 1MDB.
Polis Singapura berkata mereka sedang menyiasat Low berhubung pengubahan wang haram.
Jenayah telah berlaku..! pelaku dah mangaku salah dan menerima hukuman..! Punca kepada jenayah berlaku akan terus disiasat, dibawa ke muka pengadilan dan di dakwa..! 
Singapura juga telah mengumumkan..

Singapura secara rasmi namakan Jho Low terlibat kes 1MDB


Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura.
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB.
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB.
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa.
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015.
“Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015.”
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti.
Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram.
Husseiny digantikan sebagai ketua eksekutif Aabar Investments tahun lalu, selepas memegang jawatan itu sejak 2010.
Yeo memberitahu mahkamah, Jho Low adalah pelanggan utama BSI dan memperkenalkan 1MDB kepada bank swasta itu.
Reuters gagal menghubungi Jho Low, Eric Tan atau Husseiny.
Yeo turut berdepan 7 pertuduhan berasingan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan dan pemalsuan yang akan dibicarakan tahun depan.
Bank pusat Singapura mengarahkan operasi BSI ditutup pada Mei lalu dan meminta Jabatan Peguam Negara menyiasat 6 pegawai kanan pengurusan dan pekerja BSI.
Perbicaraan Yeo berakhir hari ini.
APa pun langkah awal telah pun dibuat dalam melangkah yang panjang ini..! antara skandal kewangan terbesar dunia...takkan boleh diselesai dalam satu malam..! sabar dan tunggu tindakan demi tindakan yang bakal dunia ambil terhadap perompak dan rompakan yang telah mereka lakukan..!
Pentadbiran Najib seperti biasa memilih menentang dan tidak bekerjasama...


M'sia tolak permohonan AG Swiss dapatkan MLA siasat 1MDB

Malaysia menolak permintaan Switzerland untuk mendapatkan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dalam siasatan penyelewengan dan pengubahan wang haram yang didakwa melibatkan 1MDB.
"Baru-baru ini kami telah mendapat respon yang pihak berkuasa Malaysia tidak akan membalas permintaan kami.
"Mereka hanya berkata bahawa di bawah undang-undang mereka, mereka tidak boleh menjawab," Peguam Negara (AG) Switzerland, Michael Lauber memberitahu Financial Times UK dalam satu temu bual yang disiarkan hari ini.
Menurut FT, jabatan peguam negara Malaysia menafikan ia cuba menggagalkan siasatan Swiss tetapi menyebut negara ini "meneruskan siasatan jenayah oleh polis Malaysia berhubung perkara berkaitan 1MDB".
FT memetik pejabat peguam negara sebagai berkata, "peguam negara berpendapat bahawa permintaan ini boleh menimbulkan prejudis berlaku perkara jenayah di Malaysia," dan menambah, "tiada isu Malaysia menyekat siasatan jenayah Swiss".
Bulan lalu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa pejabatnya telah menerima permintaan daripada pejabat peguam negara Switzerland.
Ini adalah permintaan MLA kedua oleh AG Switzerland daripada Malaysia, selepas pejabat peguam negara mendakwa ia tidak menerima permohonan pertama.
Siasatan mengenai syarikat pelaburan 1MDB yang dibebani hutang dan dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang dijalankan di beberapa buah negara di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.
Apandi sebelum ini membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.
Rakyat masih ingat bagaimana 4 pasukan diatas ni di bubarkan..!
Barangkali Najib dan konconya berfikir tindakan sebegini akan mengangkat Malaysia dimata dunia..! Seperkara lagi tindakan sebegini akan menambah sokongan rakyat terhadap kepimpinannya..!
Betul ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!



Demikianlah Artikel HOT ~ Gegaran Singapura..!

Sekianlah artikel HOT ~ Gegaran Singapura..! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HOT ~ Gegaran Singapura..! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/hot-gegaran-singapura_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :