Judul : Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan
link : Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan
Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan
Kuala Lumpur: Hatinya tersentuh tatkala melihat seekor anjing menggonggong anak yang baru dilahirkan keluar dari longkang, lantas segera menyelamatkan haiwan berkenaan di Pandan Indah, di sini, kelmarin.Betapa mulianya hati Kamarul Arif Ab Razak, 35, yang berusaha sehabis mungkin menyelamatkan haiwan berkenaan dengan mencuba sendiri, menghubungi pihak berkaitan dan menghebahkannya di laman sosial Facebook (FB) supaya ada yang dapat menjaga anjing itu.
Menurut Kamarul Arif, kejadian berlaku pada 5 petang dan ketika itu dia yang bekerja di kedai menjual kereta mahu menutup pagar sebelum melihat anjing itu menggonggong anak keluar dari longkang
“Air longkang ketika itu deras kerana hujan lebat.
"Hati saya tersentuh dan mahu menyelamatkan haiwan berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Menurutnya, dia cuba mengambil tiga lagi anak anjing berkenaan untuk dibawa keluar dari longkang tetapi ibunya mahu menggigit dan menyerangnya.
“Anjing itu berang dan menyalak ke arah saya. Saya terus menghubungi Persatuan Perlindungan dan Penyelamat Haiwan untuk bantuan,” katanya.
Menurutnya, selepas anjing itu yang lima ekor semuanya diselamatkan dan dibersihkan, ia ditempatkan di kawasan teduh di tempat kerjanya.
“Saya masukkan gambar dan video anjing itu ke dalam FB bagi sesiapa berminat. Tidak sangka ia viral dan sudah beberapa orang menghubungi saya untuk memelihara haiwan itu,” katanya yang memaklumkan sudah ada pihak mengambil anjing berkenaan petang tadi.
Tindakan Kamarul Arif itu mendapat pujian netizen yang berterima kasih kepadanya.-Harian Metro
Demikianlah Artikel Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan
Sekianlah artikel Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Hati Saya Tersentuh Dan Mahu Menyelamatkan Haiwan Berkenaan dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/hati-saya-tersentuh-dan-mahu.html