Judul : [HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO
link : [HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO
[HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO
Umno tidak perlu dikaitkan dengan tunjuk perasaan Gerakan Baju Merah di hadapan pejabat media Malaysiakini semalam, kata Tan Sri Annuar Musa.
Ini kerana ketuanya Datuk Jamal Md Yunos tidak pernah membincangkan tunjuk perasaan itu dengan Umno walaupun dia ketua bahagian parti di Sungai Besar, Selangor.
“Kenapa tanya saya?” jawab Annuar, yang merupakan Ketua Penerangan Umno. “Baju Merah tidak ada kena mengena dengan Umno.”
“Kita (Umno dan Baju Merah) tidak pernah bincang (tunjuk perasaan itu). Itu bukan Umno. Itu Jamal,” katanya semasa sidang media di Pejabat Umno Selangor hari ini.
Semalam Jamal bersama 200 aktivis Baju Merah menunjuk perasaan di hadapan pejabat media Malaysiakini susulan pendedahan portal itu menerima sumbangan daripada Open Society Foundations (OSF) yang dikaitkan kepada hartawan George Soros.
Malaysiakini akui geran OSF digunakan oleh unit penyiaran KiniTV untuk menerbitkan buletin berita dan dokumentari berkenaan Sarawak.
KJ : Pemuda UMNO boleh sertai Baju Merah
Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pemuda parti boleh menyertai aktiviti anjuran Baju Merah.
“Mereka boleh sertai (himpunan) Baju Merah, selagi tidak melanggar undang-undang,” kata Khairy.
Gambar- Gambar Pertemuan Jamal Bersama Najib
Demikianlah Artikel [HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO
Sekianlah artikel [HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [HANYA PAKATAN JAMAL, NAJIB SAJA?] Kesian Annuar Musa TIDAK DIMAKLUMKAN, Baju Merah Tiada Kena Mengena dengan UMNO dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/hanya-pakatan-jamal-najib-saja-kesian.html