Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir

Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir
link : Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir

Baca juga


Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir

KUALA LUMPUR: Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan dinilai hanya 40 peratus dari segi akademik, demikian menurut Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Mahdzir berkata penilaian selebihnya akan dibuat menerusi kokurikulum dan disiplin pelajar.

"Kemasukan ke SBP tidak bergantung sepenuhnya kepada tahap akademik semata-mata, namun, penilaian markah itu diberi oleh pihak sekolah berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

"Ramai juga yang prejudis tentang sistem itu, namun, kita meletakkan kepercayaan kepada guru dalam usaha untuk mencapai ketamadunan bangsa dan negara," katanya semasa berucap pada sesi diskusi Kluster Pendidikan di Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah (K-PAU) 2.0 di sini, hari ini.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh turut dijemput menjadi speaker bagi sesi diskusi Pendidikan.

Konvensyen itu akan memperhalusi 691 usul Perhimpunan Agung UMNO tahun ini yang telah dibincang dan dipersetujui di pelbagai peringkat parti itu sebelum ini.

Mengulas satu soalan peserta yang ingin tahu mengenai gesaan MCA yang mencadangkan supaya bajet tahunan diberikan secara mandatori kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C), Mahdzir berkata peruntukan kerajaan diberikan secara menyeluruh kepada semua sekolah.

"Saya nak maklumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) beri peruntukan di bawah pakej rangsangan kepada semua sekolah, dia bagi SRJK (C), SRJK (T), Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Agama, Sekolah Mubaligh dan sekolah Kebangsaan...terserah kepada kementerian untuk menjajarkan," katanya.

Dalam pada itu, Idris ketika ditemui pemberita berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan terhadap pelajar universiti yang menyertai perhimpunan jalanan Bersih 5 semalam.

"Semua universiti sudah diberi autonomi, jadi mereka akan pastikan bagaimanan imej mereka tidak tercalar," katanya.
Terdahulu, semasa sesi diskusi, Idris turut berkongsi video animasi pendek 'Firdaus 2050' yang dihasilkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), hasil cetusan ideanya sendiri, mengenai aspirasi kerajaan terhadap generasi baharu di bawah Transformasi Nasional 2050.

Katanya, ia berkisar kepada pembangunan modal insan yang akan dibentuk dalam tempoh 30 tahun akan datang, dengan harapan ia akan membentuk bangsa Melayu sebagai satu bangsa hebat, bermaruah dan berkat. -- Bernama
jobs from my.neuvoo.com



Demikianlah Artikel Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir

Sekianlah artikel Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya 40 peratus penilaian akademik untuk ke SBP mulai tahun depan - Mahdzir dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/hanya-40-peratus-penilaian-akademik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :