Faham Tak..?

Faham Tak..? - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faham Tak..?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faham Tak..?
link : Faham Tak..?

Baca juga


Faham Tak..?


Itu sebab hukum atau undang undang jangan di poltikkan..! Ini yang mengarut ngarut kerana nak untung politik..!

Tak perlu jawatan kuasa pemilihan

Jawatankuasa pemilihan yang terdiri daripada ahli parlimen Islam dan bukan Islam daripada pihak kerajaan dan pembangkang  tidak perlu diwujudkan. 

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid berkata, pindaan RUU 355 itu hanya untuk membolehkan Dun membuat undang-undang itu tidak ada kena mengena dengan pembahagian bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah syariah. 

Menurut beliau, pindaan akan melibatkan kesalahan-kesalahan dalam bidang kuasa mahkamah syariah, sementara bidang kuasa mahkamah sivil tidak tersentuh langsung. 

"Soal pembahagian bidang kuasa antara kedua-dua mahkamah itu tidak berbangkit langsung. Mengapa pembahagian bidang kuasa kedua-dua mahkamah itu hendak ‘diperhaluskan’. 

“Mengenai kebimbangan orang bukan Islam, ini juga tidak berasas. Jika pindaan itu diluluskan dan selepas itu Dun membuat undang-undang  dan ia  hanya melibatkan orang Islam. Apa yang orang bukan Islam hendak bimbang?,” soalnya, semalam. 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa jawatankuasa pemilihan itu diharap dapat memperhalusi semua aspek yang menjadi kebimbangan kepada ahli parlimen bukan Islam sama ada dalam BN atau pembangkang agar kedua-dua pihak dapat berbahas dan berbincang.

Tun Abdul Hamid berkata, antara sebab jawatankuasa pemilihan tidak perlu diwujudkan ialah perlembagaan negara digubal hakim-hakim berpengalaman dari empat buah negara. 

“Mereka cukup faham pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri dan menggubal bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah sesuai dengannya. 

"Misalnya,  undang-undang jenayah dan kesalahan-kesalahan ‘suruhan agama Islam’ dan kuasa mengeluarkan ‘surat kuasa mentadbir’ dan probet (probate) oleh mahkamah sivil dan kuasa menentukan undang-undang Islam (hukum syarak)  dalam pembahagian pusaka,” katanya. 

Tegasnya, yang menyebabkan masalah ialah kerana salah faham, tidak faham mengenainya atau sengaja mahu mengambil alih bidang kuasa Mahkamah Persekutuan dan mahkamah sivil.

“Saya harap Ahmad Zahid tidak teruskan cadangannya itu. Beliau boleh hubungi saya untuk mendapat nasihat undang-undang percuma dalam hal ini. 

“Kerajaan dan Parlimen sepatutnya menumpukan perhatian kepada cadangan yang saya buat 20 tahun lalu untuk mengatasi masalah bidang kuasa yang berbangkit terdiri dari tiga perkara. Pertama salah satu pihak dalam kes mal terletak  dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah orang bukan Islam ,kedua  dalam sesuatu kes di mahkamah Sivil di mana terdapat isu Hukum Syarak dan ketiga dalam sesuatu kes di Mahkamah Syariah di mana terdapat isu undang-undang sivil,” jelasnya.


Tak payah menceceh ke RUU khinzir dan bagai..! Isunya RUU 355 yang ditunda kerana berpolitik..! Tak payah nak menyongel cerita kena ngadap Sultan, mahkamah syariah dan agama terletak dibawah kuasa Sultan negeri negeri..! 

RUU yang sedia ada perlu di usul, dibahas dan di luluskan oleh Parlimen..! Kuasa Persekutuan..! Majoriti mudah ada kenapa tak bentang dan luluskan???

Soal DUN nak ikut itu cerita kemudian setelah RUU induk di luluskan di Parlimen..! Amalannya DUN akan ikut dengan membentuk Enakmen negeri yang baru atau meminda Enakmen sedia ada..! 

Ini kerana kuasa menjalankan undang undang terletak di tangan Persekutuan dengan anggota penguatkuasa, mahkamah, hakim, penjara dan sebagainya terletak didalam bidang kuasa Persekutuan..! negeri ikut dan melaksanakannya  sahaja..!

Sebagai contoh Enakmen Hudud PAS di Kelantan gagal dilaksana kerana DUN berhak untuk memaktub sesuatu undang undang jenayah namun melaksana dan menjayakan sesuatu undang banyak terkait dengan kuasa dan tindakan didalam sesuatu RUU di dalam Perlembagaan di peringkat Persekutuan.

Itu sebab hudud pas Kelantan tidak dapat dilaksana kerana banyak kekurangan..! Selain itu Enakmen hudud pas Kelantan dan deraf hudud pas Terengganu pun berbeza..! PAS pun tahu bahawa Enakmen hudud rekaan nya tidak akan berjaya dilaksana dengan adil dan berjaya..! Ini semua membuktikan bahawa pas hanya sekadar mahu bermain politik..! Itukan cara parti hamPAS bernafas sejak mula ditubuhkan..!

Malangnya hari ini Najib yang mengetuai UMNO juga terjebak sama berpolitik dengan hal ehwal yang melibatkan agama..!

Gitu lah air kalau dah keruh di hulu..!

Lu Fikir La Sendiri!!!


p.s - bro john doe ( juga pembaca yang lain ) mohon jangan komen di ruangan balas, sila komen di ruangan baru kerana terdapat masaalah dalam penyiaran di ruangan komen balas. terima kasih.


Demikianlah Artikel Faham Tak..?

Sekianlah artikel Faham Tak..? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faham Tak..? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/faham-tak_26.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :