Empat resolusi digaris

Empat resolusi digaris - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat resolusi digaris, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat resolusi digaris
link : Empat resolusi digaris

Baca juga


Empat resolusi digaris

Empat resolusi digaris pembangkang, Bersatu
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR - Empat resolusi berjaya dirumuskan, hasil daripada mesyuarat bersama di antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan ahli parlimen pembangkang ‎di bangunan sementara Parlimen semalam.

Resolusi yang dibentangkan oleh Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul dipersetujui  sebulat suara oleh kesemua 30 ahli parlimen pembangkang yang hadir.

Empat resolusi itu adalah untuk meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghentikan tindakan memanggil dan mengambil keterangan dari mana-mana ahli parlimen yang berucap dalam Parlimen yang menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), DOJ dan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Resolusi kedua pula adalah meminta Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghormati dan mempertahankan hak dan kebebasan Parlimen sepenuhnya seperti yang diiktiraf dalam doktrin pengasingan kuasa dan seperti yang diamalkan di semua parlimen-parlimen ala Westminister.

Ketiga, meminta YDP Dewan Rakyat mengkaji semula petua yang beliau keluarkan pada 31 Mac dan 20 Oktober 2016.

Bersandarkan kepada petua yang beliau keluarkan ini Ahli Parlimen tidak dibenarkan berbahas atas isu yang menyentuh 1MDB, DOJ dan wang RM2.6 bilion dan menteri-menteri juga tersekat dan terbatas dalam memberi jawapan kepada soalan-soalan berhubung dengan perkara tersebut.

Resolusi terakhir adalah mereka meminta semua pihak mengiktiraf dan kembalikan hak ahli parlimen sebagai wakil rakyat untuk berbahas dan menyuarakan masalahan rakyat dalam Dewan Rakyat dan jangan ada mana-mana pihak menyekat kebebasan ini agar rakyat dan negara mendapat faedah dari kegiatan ini dan kedudukan Parlimen Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat antarabangsa.

Difahamkan, Mahathir  berada di Parlimen bagi menyertai perbincangan bersama ahli-ahli parlimen pembangkang mengenai rasa tidak puas hati mereka terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang dianggap memihak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Turut hadir dalam mesyuarat itu adalah Presiden Parti Pribumi Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.


Demikianlah Artikel Empat resolusi digaris

Sekianlah artikel Empat resolusi digaris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat resolusi digaris dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/empat-resolusi-digaris.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :