Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit

Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit
link : Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit

Baca juga


Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit

 | November 10, 2016
Wartawan veteran membuat spekulasi Trump akan menggunakan kadar faedah lebih tinggi untuk meningkatkan ekonomi AS, menyebabkan malapetaka pada mata wang negara-negara membangun.
 
PETALING JAYA: Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin menulis dalam blognya hari ini akan kemungkinan Presiden Donald Trump menggunakan dasar kewangan sebagai elemen utama pengurusan ekonomi beliau dalam tempoh 4 tahun akan datang.
“Jika Trump mengambil laluan itu, kita boleh melihat kadar faedah dan inflasi yang semakin meningkat.

“Kadar faedah yang tinggi akan mendorong dolar Amerika Syarikat naik, menarik lebih banyak simpanan dan pelaburan ke AS serta menjadikan import lebih murah, sekali gus menyebabkan malapetaka kepada mata wang negara-negara membangun.
“Jika itu berlaku, kita boleh menjangka untuk melihat ringgit dibom sekali lagi,” kata Kadir, merujuk kepada mata wang tempatan yang merudum ke tahap terendah tahun ini sejak lewat 1990-an.

Beliau berkata dolar AS yang lebih kukuh akan menjejaskan Malaysia lebih teruk berbanding negara membangun lain kerana ringgit mengalami penurunan terbesar berbanding dolar AS.

Menyelar laporan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan “Trump adalah PM kegemaran”, Kadir berkata status apa pun tidak akan menyelamatkan negara daripada terjejas teruk oleh dasar ekonomi Trump dan Islamophobia beliau.

Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu memetik analisis New York Times oleh Neil Irwin yang mengatakan pasaran bon adalah panduan yang lebih dipercayai para pelabur global percaya unuk meramal berbanding pasaran saham yang tidak menentu.

Irwin menulis: “Dan pada Rabu, pasaran bon menghantar satu isyarat kuat dan jelas: Tahun pemerintahan Trump mungkin mempunyai inflasi dan kadar faedah lebih tinggi berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.

“Kadar faedah 10 tahun Perbendaharaan melonjak ke tahap tertinggi sejak Januari, meningkat 0.22% kepada 2.07%. Dan kenaikan itu boleh dikaitkan dengan kepercayaan pelabur yang inflasi akan menjadi lebih tinggi daripada yang dijangka seperti kejutan sebelum pilihan raya.”


Demikianlah Artikel Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit

Sekianlah artikel Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dasar kewangan Trump akan jejas ringgit dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/dasar-kewangan-trump-akan-jejas-ringgit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :