Judul : DAH BEBAS SEMUA
link : DAH BEBAS SEMUA
DAH BEBAS SEMUA
Polis bebaskan Jamal, aktivis baju merah
Jamal dibebaskan hari ini selepas ditahan reman empat hari.
AMPANG - Polis hari ini membebaskan, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan pada awal pagi Sabtu lalu.
Jamal yang dijadual mengetuai himpunan baju merah ditahan kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu, beberapa jam sebelum himpunan Bersih 5 diadakan.
Beliau dan tiga aktivis baju merah ditahan reman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Ampang pada hari yang sama.
[ARTIKEL BERKAITAN: Enam pemimpin Bersih, Baju Merah dibebas]
Sebelum ini, lapan anggota jawatankuasa dan aktivis Bersih 5 serta dua aktivis kumpulan baju merah yang ditahan pada Jumaat lalu berhubung perhimpunan haram, dibebaskan pada Ahad.
Mereka ialah anggota jawatankuasa Bersih, Mandeep Singh Karpall Singh, anggota DAP, Ronnie Liu Tian Khiew, anggota DAP, Wong Chee Wai @Jimmy Wong dan anggota jawatankuasa Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvam.
Selain itu, turut dibebaskan aktivis pelajar Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali, Anis Syafiqah Md Yusof, Lee Khai Meng dan Safwan Anang@Talib.
Dua aktivis baju merah yang dibebaskan pula ialah Hairol Nizam Md Nor dan Razali Zakaria.
Sementara semalam, polis turut membebaskan enam pemimpin Bersih 5 dan seorang pemimpin kumpulan baju merah yang ditahan pada Sabtu lepas.
Mereka terdiri daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook, Ahli Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How serta aktivis Fahmi Reza dan Hishammuddin Rais.
Turut dibebaskan ialah pemimpin kumpulan Baju Merah iaitu anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifa.
Demikianlah Artikel DAH BEBAS SEMUA
Sekianlah artikel DAH BEBAS SEMUA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAH BEBAS SEMUA dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/dah-bebas-semua.html