Cubaan culik dua murid sekolah gagal

Cubaan culik dua murid sekolah gagal - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cubaan culik dua murid sekolah gagal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cubaan culik dua murid sekolah gagal
link : Cubaan culik dua murid sekolah gagal

Baca juga


Cubaan culik dua murid sekolah gagal

Sekadar foto hiasan
PUTRAJAYA 8 Nov. - Tindakan dua murid yang tidak menghiraukan pelawaan orang tidak dikenali menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa culik semasa pulang dari sebuah sekolah rendah di Presint 16, di sini semalam.

Bapa mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dalam kejadian pukul 1 petang itu, anaknya yang berusia lapan tahun bersama rakannya sedang berjalan kaki pulang ke rumah dan tiba-tiba ditegur oleh dua lelaki yang menaiki sebuah kereta Proton Exora berwarna hitam.
“Dua suspek itu menawarkan gula-gula untuk menarik perhatian mereka namun tidak diendahkan. Kemudian suspek sekali lagi cuba memanggil kedua-dua kanak-kanak ini untuk menunjukkan video dalam telefon bimbit mereka.

“Walau bagaimanapun, anak saya dan rakannya tidak mengendahkan panggilan lelaki itu dan terus melarikan diri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dakwanya lagi, anaknya kemudian menceritakan kejadian tersebut selepas dia pulang dari tempat kerja pada pukul 7 malam.
“Ekoran kejadian itu, saya segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya kerana bimbang keselamatan anaknya selepas ini.

“Memang saya sering kali mengingatkan anak-anak supaya tidak mudah mengikut orang tidak dikenali. Namun, kejadian sebegini menimbulkan kerisauan terutamanya memikirkan keselamatan kanak-kanak yang berjalan bersendirian setiap kali pulang dari sekolah,” katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan laporan tersebut dan memberitahu, Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diarahkan membuat rondaan yang lebih kerap di kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan anak-anak dan penduduk sekitar terjamin. - UTUSAN ONLINE


jobs from my.neuvoo.com


Demikianlah Artikel Cubaan culik dua murid sekolah gagal

Sekianlah artikel Cubaan culik dua murid sekolah gagal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cubaan culik dua murid sekolah gagal dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/cubaan-culik-dua-murid-sekolah-gagal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :