Judul : 'Cikgu, saya nak pergi tandas...'
link : 'Cikgu, saya nak pergi tandas...'
'Cikgu, saya nak pergi tandas...'
"Cikgu, saya nak pergi tandas...." Saya hanya senyum dan anggukkan kepala tanda izin....
Setengah jam kemudian, murid yang sama datang lagi.
"Cikgu, saya nak minum..."
Untuk kali kedua saya hanya senyum dan anggukkan kepala tanda izin.
Peliknya murid tadi terus bangun untuk keluar dari kelas.
Saya terus memanggilnya lalu bertanya...
Saya: Kamu nak ke mana??
Murid: Nak minum cikgu...
Saya: Minum? Minum di tempat duduk kamu...kenapa mesti nak keluar?
Murid: Nak pergi toilet...nak minum...
Saya: Kenapa nak minum di toilet? Tak bawa air ke?
Murid: Tak bawa cikgu...
Saya: Kenapa tak bawa air?
Murid: Tak ada botol cikgu...
Dalam hati saya bertanya "cukup ke?"
Suatu hari, saya pergi selidik anak murid saya yang sorang ni....waktu rehat saya pergi kantin tengok dia dari jauh.
Pagi ni saya nampak dia beli bihun 1 pinggan (RM0.50 )...dah habis makan bihun tu, dia bangun dan beli nasi (RM0.50 ). Habisla seringgit yang dia bawa. Air????? Tak dapat nak beli air sebab duit dia dah habis, sebab tu la dia hanya minum air di tandas. Kasihannya...
Lepas tu saya panggil dia datang jumpa saya di bilik guru. Tanya dia dah makan ke belum serta borak-borak sekejap.
Ada juga saya tanyakan "tak makan sarapan ke kat rumah kebajikan?” Dia jawab tak.
Pelik jugak...tak makan sebab tak sempat ke sebab memang tak disediakan makanan? Dalam hati saya terlintas "patutlah nampak lapar je masa makan rehat tadi."
Saya belikan dia air dan kuih. Dia nampak sangat gembira. Tapi dalam hati saya...saya sedih sangat. Ada lagi orang yang susah...kalau dulu saya rasa saya susah...rupanya ada lagi yg susah.
Walaupun masa sekolah rendah dulu hanya bawa RM0.50 tapi sekurang-kurangnya dulu saya dapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan). Insyaallah saya akan cuba usahakan murid saya pun dapat RMT.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.
"Jika insan ditarbiah dengan kepayahan, dia akan belajar erti mensyukuri.
Jika insan ditarbiah dengan kesibukan, dia akan belajar bersabar dan menghargai masa.
Jika insan digasak dengan pelbagai ujian, jiwanya akan kental menghadapi ujian..."
jobs from my.neuvoo.com
Demikianlah Artikel 'Cikgu, saya nak pergi tandas...'
Sekianlah artikel 'Cikgu, saya nak pergi tandas...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Cikgu, saya nak pergi tandas...' dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/cikgu-saya-nak-pergi-tandas.html