Berkata Benar La..!

Berkata Benar La..! - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berkata Benar La..!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berkata Benar La..!
link : Berkata Benar La..!

Baca juga


Berkata Benar La..!


Layan...

BERANIKAH NAJIB LARI DARI MULUT BUAYA KE MULUT NAGA


Dalam buku Men in White mengenai Lee Kuan Yew (Muka 610)disebutkan bahawa selepas perpisahan dari Malaysia apabila  LKY mengetahui   hasrat Dewan perniagaan China mahu berjuang  mengekal status  Bahasa China dan budaya China di Singapura  beliau membunuh benihnya sebelum tumbuh .

Beliau memanggil pemimpin mereka dan meletakkan mereka  di bawah  sinaran lampu TV siaran  langsung   dan  memberitahu mereka  bahawa beliau   tidak akan membenarkan sesiapapun mengexsploitasi Bahasa China sebagai isu politik. “Mereka tidak boleh lagi berada dalam prasangka  bahawa saya akan membiarkan sesiapa juga  mengexsploitasi Bahasa China sebagai isu politik China”. Beliau kemudian dengan tegas  menghapuskan sekolah China, Universiti  China  dan Institusi pengajian dan kebudayaan  China.

Lee Berkata “ Selepas 1965 kita terpaksa membuat keputusan mengenai Bahasa bersama. Sekiranya kita jadikan China sebagai Bahasa bersama maka kebudayaan China akan menjadi  dominan yang akan membawa kepada perpecahan  masyarakat ( muka 613)

Di Singapura perarakan mayat dan pembakaran geharu tidak dibenarkan kerana mengganggu ketenteraman dan jiran sebelah.
          
  Bahaya  Singapura kepada keselamatan Malaysia seperti bahayanya Yahudi kepada negara-negara Arab sering dibangkitkan  oleh pemimpin-pemimpin Melayu Malaysia  tapi mereka lupa membuat perhitungan  bahawa  Singapura  akan lebih mengancam Malaysia  sekiranya  menjadi pusat perkauman Cina  atau  sebuah negara komunis.

Lee Kuan Yew telah mencegah hal ini dari berlaku sebaliknya  menjadikan Singapura    sebuah negara  liberal sosialis yang kaya dan makmur  yang telah melimpahkan kekayaan kepada Malaysia. Selain dari memberikan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, juga mencurahkan wang  pelancongan rakyatnya.

Walaupun kita bercakap tentang kemungkinan peperangan antara Malaysia dan Singapura tetapi kedua negara ini akan terus menjadi strategik partner kepada Amerika Syarikat dan Kuasa Barat  bersama dengan India dan negara-negara Asean lainnya untuk menghadapi bahaya China kerana  di yakinkan oleh  indoctrinasi Kuasa Barat bahawa China mengancam keselamatan sedangkan merekalah sebenarnya yang  menjadi penjajah baru dengan berselindung disebalik Globalisasi, menghancurkan perpaduan negara-negara Arab dan membunuh ribuan orang Islam setiap hari dan bukan China.

Sebaliknya Chinanisasi dimomokkan dan Amerikanisasi didemokrasikan. Apakah Datuk Seri Najib akan dapat menghapuskan fobia Chinanisasi dan menChinanisasikan Malaysia, Adakah Najib berani keluar dari dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga?.Kita telah berada dalam mulut buaya s dari sejak Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhom Tunku Abdul Rahman.

Meningkatkan keupayaan pertahanan negara bukanlah  jawapan kepada ancaman keselamatan  samaada real atau imaginasi dari  Singapura tetapi persaingan ekonomi yang sihat , peningkatan  taraf hidup rakyat, permodenan negara adalah  pertahanan yang paling kukuh.
Inilah yang disedari oleh  Tun Abdul Razak  dan Tun Mahathir.

Tun Razak telah menjadikan bekas-bekas anggota  PAP yang pro komunis yang juga bekas  tahanan politik di Singapura sebagai sahabat   bagi membantunya memahami pemikiran di belakang  dasar-dasar  Singapura terutama di bidang ekonomi. Diantara nya ialah Woodhull dan Putucheary.

Malaysia  telah mendahului Singapura dalam membuka Casino di Genting Hinghland  dan melancarkan FI yang diikuti oleh Singapura beberapa tahun  kemudian . Lee Kuan Yew memberitahu Pengarang Mingguan Malaysia Zin Mahmud dalam satu interviu bahawa Singapura  terlepas F1 kepada Malaysia tetapi apa juga atas nama Mahathir sedang menghadapi ancaman sekarang dan khabarnya FI akan dihentikan.   

Mahathir mendirikan bangunan tertinggi di dunia  Menara Petronas bukanlah semata-mata untuk berbangga kepada dunia  tetapi kerana bangunan-bangunan tinggi dan modern di Orchard Road  Singapura  merendahkan perasaan  rakyat Malaysia yang  pergi mendongak kepala di Singapura tetapi sekarang orang Singapura datang ke Kuala Lumpur  mendongak kepala melihat bangunan tertinggi didunia.

Bayangkanlah betapa perasaan rakyat  Malaysia pada setiap kali ke Singapura  jika Malaysia tidak mempunyai LRT dan monorail. Mungkin ada rakyat Malaysia yang pergi ke Singapura semata-mata untuk naik LRT dan kemudian merasakan kita ketinggalan.

Mahathir telah meningkatkan keupayaan pelabuhan Klang  dan membuka pelabuhan Tanjung Pelepas untuk menyaingi  Singapura.

Dari sejak awal kemerdekaan untuk melaksanakan projek-projek yang sensitif kepada orang Islam, pemimpin Melayu  terpaksa melawan fanatisme agama bangsanya dengan merationalisasikan pemikiran mereka.

Ini dapat dilihat dari kesanggupan Tunku untuk menanggung dosa kerana mahu mendirikan Masjid Negara dengan wang lottery Kebajikan Masyarakat ketika negara masih miskin sehingga kepada  pemberian  lesen  judi  ekor dan casino, meneruskan pertandingan membaca Al Quran walapun dianggap haram sehigga mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam, memastikan hari puasa dan aidilfitri dengan memakai rukyah dan hisab yang sebelumnya menjadi masalah tentang ketidakpastiannya kepada umat Islam sejak dari zaman penjajah.

Tindakan berani Mahathir menegur amalan agama yang bersifat taksub ,jumud dan conservatif seperti keengganan doktor  wanita  Melayu  menyentuh pesakit  lelaki kerana dianggap haram sebaliknya memeriksa  pesakit dengan pensil .

            Mahathir mengharamkan Al-Arqam yang memperalatkan kanak-kanak untuk mengutip  tabungnya,melarikan siswa-siswa wanita dan mengorbankan masa depan ramai pelajar, mengambil harta benda pengikutnya dan tidak menghormati undang-undang syariah di negara ini .

Semua ini nampak mudah setelah kita melaluinya dan kita tidak sedar kerana sikap persisten pemimpin-pemimpin UMNO dalam menentang koservatisme dan kejumudan agama yang dipelopori oleh Tunku Abdul Rahman telah akhirnya menjayakan evolusi sosial yang besar  di negara ini.

Orang Melayu sekarang berada pada kedudukan yang jauh lebih baik dari era selepas kemerdekaan. Tanpa asas yang kuat pun kita boleh sampai kepada peringkat ini maka apakah kita tidak boleh melonjak lebih tinggi dan lebih cepat kehadapan dengan  kita berada pada kedudukan yang lebih mantap sekarang .

Tun Razak memberitahu Parlimen selepas peristiwa  13 Mei, dalam ucapannya di Parlimen  pada 23 Febuari 1971 bahawa pada tahun 1970 bilangan siswazah Melayu dalam fakulti Sains di Universiti Malaya hanya 20 orang daripada 493 orang, seorang dari 71 orang dalam fakulti kejuruteraan, 15 orang daripada 40 orang dalam Fakuli Pertanian  dan hanya 4 orang daripada 60 orang dalam fakulti perubatan.

Sekarang kita mempunyai  doktor Melayu diseluruh negara disamping doktor-doktor  pakar  yang terkemuka,jurutera-jurutera Melayu ,arkitek, accountant  dan sebagainya  yang tidak sahaja berkhidmat di dalam tetapi juga di luar negara.

Di negara-negara Arab professional Melayu dianggap sebagai yang kedua terbaik dari profesional Barat sedangkan rakyat dari negara Bangladesah, Pakistan, Philipina dan Indonesia adalah menjadi tenaga buruh .

Dalan masa yang singkat   pimpinan Melayu dan  Islam  telah  mencipta sejarah besar yang mengharumkan nama Malaysia  dan menggemparkan dunia.

Hanya dua bulan sahaja selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri, Malaysia telah berjaya membuat serangan waktu subuh di London Stock Exchange pda 7 September 1981 untuk mengambil balik harta kita  lebih 200,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan koko dari British yang dimiliki oleh Guthrie.

Bukankah kita sebuah negara yang bijaksana dan  berperadaban tinggi  apabila dapat melakukan ini  menerusi commercial transaction dan bukan nationalisation  

Apakah kita suatu bangsa pengecut  apabila kita boleh  menggugat Britain dengan Buy British last kerana mahu mengexpolitasi  kita?.

Bukankah kita suatu  bangsa yang bermaruah apabila kita dapat mematahkan  serangan peyangak  mata wang Soros sedangkan negara-negar lain  termasuk Singapura mejadi mangsanya dan kita memalukan Singapura yang cuba mensabotajkan kita pada masa itu dengan  membeli sebanyaknya currency kita.

Adakah kita akan  mempunyai Putrajaya sebuah bandar bercirikan Islam dan modern di Malayisa sekiranya kita tidak mempunyai pemimpin yang mempunyai visi untuk menggunakan wang hasil minyak(PETRONAS) bagi pembangunan sebuah bandar terindah bercirikan Islam  yang boleh dimegahkan sebagai suatu warisan bangsa dan agama.

Apakah akan jadi wang itu sekiranya tidak digunakan pada projek  yang boleh merealisasikan impian suatu bangsa untuk menjadi bangsa yang bermaruah.

Adakah imej kebesaran dan kegemilangan bangsa ini boleh dihapuskan oleh Salleh Said Kruak dan Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Strategi Komunikasi BN atau  Penglima  Garang Datuk Jamal Temberang?

Apakah rakyat mempunyai keyakinan untuk meneriakkan Malaysia boleh!, Malaysia boleh!  kalau  mereka tidak melihat bukti-bukti dan tugu-tugu dan yang menunjukkan kita boleh.

            Kita telah  mencapai semua keagungan ini  kerana  kepimpinan Melayu yang terbuka, demokratik, cekap, bijak dan berani walaupun tiada kesetiaan dari rakan seperjuangan kita    MCA dan MIC.

Apakah kita harus memejamkan mata kepada  hakikat bahawa MCA dan MIC bukan lagi mewakili orang Cina dan India dan hanya menjadi parasit kepada UMNO  tetapi DAP telah mengambil alih tempat mereka mewakil  orang China dan bukan Melayu lainnya.

Apakah sesudah lebih 60 tahun merdeka, kita boleh mengekalkan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Pengekalan kuasa Melayu dalam  tentera dan polis, kita  masih takut untuk melihat dari perspective yang betul untuk membina suatu corak  politik baru di luar sentimen Melayu.

Bagi pertama kalinya dalam sejarah negara ini,rakyat dari semua kaum sekarang bersama dan bersatu dalam rasa kehilangan  kepimpinan yang berintegriti dan bemaruah yang mahu menolak  pimpinan yang rasuah dan menyalahgunakan wang negara. Adakah ini semua hanya boleh dicapai dengan perpaduan UMNO dan Pas, dengan hanya perpaduan Melayu dan bukan dengan perpaduan seluruh  tenaga yang dinamik,radikal ,progresif yang melampaui batas kaum dan agama. 


Berani berkata benar dan berani kerana benar..!

Kebenaran pasti mengatasi kebathilan..!

Percaya la..!

Lu Fikir La Sendiri!!!




Demikianlah Artikel Berkata Benar La..!

Sekianlah artikel Berkata Benar La..! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berkata Benar La..! dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/berkata-benar-la_29.html

Subscribe to receive free email updates: