BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH

BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH
link : BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH

Baca juga


BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH

Air mula melimpah, jalan ditutup pada kenderaan ringan
Air mula melimpah, jalan ditutup pada kenderaan ringan
Hujan lebat yang berterusan melanda daerah ini menyebabkan laluan utama di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Merchang di sini, mula dinaiki air. - Foto Sinar Harian

MARANG – Berikutan hujan lebat berterusan melanda daerah ini, laluan utama di Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Merchang di sini, mula dinaiki air dan ditutup kepada kenderaan ringan, tengah hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Merchang, Fikri Mohamad berkata, hanya kenderaan berat di benarkan menggunakan laluan itu susulan hujan lebat melanda sejak awal pagi.

Menurutnya, laluan utama itu dinaiki air disebabkan air sungai dan air bukit yang melimpah dan selain itu, keadaan itu juga turut menyebabkan laluan di Serating dinaiki air hingga menyebabkan keadaan trafik perlahan.

“Kita dapati kejadian berlaku disebabkan air sungai dan air bukit melimpah, namun selepas hujan reda ia akan kembali surut. Secara keseluruhan keadaan masih terkawal namun semua pihak dalam keadaan bersiap sedia.

“Dalam keadaan cuaca ketika ini, saya ingin menasihatkan semua penduduk terutamanya yang tinggal berhampiran sungai dan tebing bukit di Merchang agar sentiasa berwaspada jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Banjir kilat kerana masalah perparitan

Dalam perkembangan lain, di Kampung Batu Penunggul pula, seorang penduduk, Rosmah Engah, 36, berkata, rumahnya dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda dan dipercayai ia  disebabkan masalah perparitan tidak sempurna.

Menurutnya, air mula melimpah di sekeliling rumah sebelum memasuki ke bahagian dalam rumah pada tengah hari, namun apa yang mengecewakannya ialah keadaan itu sudah berlarutan sejak sekian lama tanpa penyelesaian.

“Setiap kali hujan lebat melanda tanpa henti, kawasan rumah dan bahagian dalam rumah akan dinaiki air dan menyebabkan kami sekeluarga terpaksa menanggung susah bukan sahaja ketika air naik tetapi juga selepas air surut,” katanya.


Demikianlah Artikel BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH

Sekianlah artikel BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BANJIR PANTAI TIMUR MELIMPAH dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/banjir-pantai-timur-melimpah.html

Subscribe to receive free email updates: