Judul : BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ?
link : BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ?
BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ?
Siap sedia hadapi banjir besar
28/11/2016 3:27pm
PUTRAJAYA - Kerajaan kini dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya banjir besar sepanjang musim tengkujuh ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua agensi terlibat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta badan bukan kerajaan perlu menggandakan usaha dalam kesiapsiagaan menghadapi musim banjir yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Shahidan berkata, aset-aset serta sukarelawan akan digerakkan secara berhabis-habisan ke kawasan-kawasan tumpuan seperti di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang kerap kali berlakunya banjir besar.
"Berdasarkan laporan kaji cuaca, keadaan hujan dikatakan akan menyebabkan berlakunya banjir sederhana, namun kita sentiasa bersiap sedia seolah-olah banjir besar akan berlaku sebagai persediaan awal menghadapi sebarang kemungkinan.
"Selain itu, aset berupa enam buah bot penyelamat Amphibious Sealegs milik Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah diserahkan kepada APM bagi memudahkan tugasan pengurusan bencana termasuk banjir dan tugas-tugas menyelamat di pantai (Baywatch)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bot Penyelamat Amphibious Sealegs bernilai RM3.4 juta milik Nadma untuk kegunaan APM di Marina Putrajaya.
Menurut Shahidan, bot-bot tersebut yang praktikal digunakan ketika banjir akan diedarkan dbeberapa buah negeri iaitu dua di Kelantan, masing-masing satu di Sabah dan Sarawak seterunya dua lagi akan digerakkan ke mana-mana lokasi yang diperlukan. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ?
Sekianlah artikel BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BANJIR BESAR AKAN BERLAKU ? dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/banjir-besar-akan-berlaku.html