ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL

ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL
link : ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL

Baca juga


ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL


Raja Muda Perlis


Alor Setar - "Bentuk ancaman global yang pantas berubah memerlukan setiap anggota tentera lebih peka dan sensitif terhadap perkembangan semasa," titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, ancaman terkini yang tradisional atau bukan tradisional termasuk dari luar negara adalah serius kerana terbukti ia merebak dengan pantas dan memberi kesan terhadap keselamatan negara.

"Ancaman-ancaman yang menjadi konflik semasa ini seperti Daesh atau IS adalah benar dan bukan rekaan," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Baginda bertitah pada majlis Santapan Malam Rejimental sempena istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) ke-9 di sini, malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin merupakan Tuanku Canselor Unimap dan juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah berpangkalan di Kem Bukit Ketri, Padang Besar, Perlis. 

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro Canselor Unimap.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Canselor Unimap, Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal yang juga Komandan Palapes universiti itu serta pegawai-pegawai tertinggi Unimap.

"Punca konflik lain seperti bencana alam atau malapetaka, ekonomi dan kemiskinan, amalan politik tidak sihat dan campur tangan pihak asing juga boleh menjejaskan ketenteraman negara," titah Tuanku Syed Faizuddin.

Sehubungan itu, baginda bertitah setiap anggota tentera termasuk Askar Wataniah harus menanam perasaan bangga menjadi sebahagian pasukan profesion mulia yang mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pada majlis itu, seramai 116 Pegawai Muda Palapes Unimap ditauliahkan dalam Tentera Darat Malaysia dan Muhamad Rafini Kamaruzaman menerima anugerah Pegawai Kadet terbaik keseluruhan.

Anugerah ketenteraan terbaik disandang oleh Danial Adeeb Rozani manakala Tham Weng Hing (ijazah akademik) dan Tan Xin Cong (akademik diploma).




Demikianlah Artikel ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL

Sekianlah artikel ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ANGGOTA TENTERA PERLU LEBIH PEKA ANCAMAN GLOBAL dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/anggota-tentera-perlu-lebih-peka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :