Judul : Akibat kemenangan Donald Trump
link : Akibat kemenangan Donald Trump
Akibat kemenangan Donald Trump
TPP: Malaysia akan bincang dengan negara anggota
KUALA LUMPUR - Malaysia akan berbincang dengan negara-negara anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil oleh semua negara anggota perjanjian tersebut.
Bagaimanapun, katanya, masih terlalu awal untuk membuat sebarang analisis dan kemenangan Trump itu tidak seharusnya menimbulkan keadaan panik dalam kalangan rakyat dan ahli perniagaan negara ini.
"Kalau mengikut reaksi awal daripada kemenangan Trump, memang ada menunjukkan kesan terhadap keyakinan terhadap ekonomi dunia dan proses globalisasi kerana beliau dilihat sebagai seorang yang anti globalisasi.
"Tapi itu semua persepsi semasa kempen beliau. Kalau kita buat analisis hanya berdasarkan kempen, sudah tentu kita akan membuat analisis yang salah kerana sesetengah pemimpin menyatakan pendirian yang berbeza semasa kempen untuk mendapatkan undi," kata Mustapa ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau percaya tidak akan ada banyak perubahan dari segi hubungan perdagangan dan diplomatik antara Malaysia dengan AS kerana negara tersebut banyak mendapat faedah menerusi sistem keterbukaannya.
"Itu telah menjadi tradisinya dan untuk mereka membuat perubahan radikal dengan beralih kepada sistem tertutup, saya rasa Amerika tahu ia adalah satu langkah yang merugikan.
"Pastinya akan ada perubahan dasar tapi pada pandangan saya tidak ada perubahan yang radikal. Sebab itu saya fikir tidak perlu terburu-buru. Tidak semestinya 100 peratus kenyataannya sebelum ini diterjemahkan kepada dasar," katanya. - Bernama
Demikianlah Artikel Akibat kemenangan Donald Trump
Sekianlah artikel Akibat kemenangan Donald Trump kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akibat kemenangan Donald Trump dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/akibat-kemenangan-donald-trump.html