AIR DAH SERANG TRENGGANU

AIR DAH SERANG TRENGGANU - Hallo sahabat Berita Malay, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AIR DAH SERANG TRENGGANU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel apa kabar Berita, Artikel berita hari ini, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita Politik, Artikel Berita terkini, Artikel kabar Berita, Artikel kabar kabur, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AIR DAH SERANG TRENGGANU
link : AIR DAH SERANG TRENGGANU

Baca juga


AIR DAH SERANG TRENGGANU

Penduduk Kuala Terengganu cemas air naik
Penduduk Kuala Terengganu cemas air naik
Adnan Ibrahim, 54, membantu anaknya Siti Amirah mengangkat kerusi selepas rumah anaknya dinaiki air di Taman Sri Intan di Jalan Sultan Omar akibat hujan lebat sejak malam tadi hari ini. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU - Cemas!

Itu perasaan penduduk di kawasan bandaraya Kuala Terengganu bila rumah mereka dinaiki air awal hari ini ekoran hujan lebat sejak 4.00 pagi.

Situasi berkenaan juga menyebabkan beberapa jalan utama dan taman perumahan khususnya di sekitar bandaraya ini dinaiki air.

Antara kawasan taman perumahan yang ditenggelami air ialah Taman Sri Intan dan Taman Alamanda 1, 2 dan 3.

Setakat ini Jalan Serating ke Merchang (Marang) turut dinaiki air sedalam 0.6 meter sejauh 100 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan dari kedua-dua arah.

Seorang penduduk di Taman Alamanda, Mazlan Awang, 48, berkata hujan lebat yang turun sejak pukul 4 pagi itu menyebabkan kediamannya dinaiki air sedalam 0.3 meter.

"Kali terakhir kawasan ini dinaiki air pada tahun 2009. Tapi kali ini agak teruklah mungkin masalah sistem peparitan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Rohaya Omar, 45, berkata kebiasaanya apabila hujan air memang naik dan surut dengan cepat namun kali ini air bertahan agak lama.

"Sebelum ini dalam masa sejam air sudah surut sekarang tiga jam pun masih belum turun... dah banyak barang dalam rumah rosak peti ais pun habis terbalik," katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) turut melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan terbabit bagi memastikan keadaan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Che Shaari Abdullah berkata selain kawasan bandar dan taman perumahan pihaknya turut melakukan rondaan di kawasan kampung.

Katanya bagi tujuan itu sebanyak tiga pasukan yang melibatkan lapan anggota telah ditugaskan meninjau kawasan yang berisiko.

"Selain mengenalpasti kawasan, kita juga akan menghulurkan bantuan dengan segera kepada orang ramai yang memerlukan terutamnya di kawasan yang terdedah dengan banjir.

"Setakat ini tiada lagi perpindahan (mangsa banjir) dilakukan di Kuala Terengganu dan keadaan masih terkawal," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Amirsarafudin Zalman berkata situasi air yang melimpahi atas jalan adalah disebabkan air hujan lambat mengalir ke laut ekoran air pasang yang berlaku awal pagi tadi.

Katanya, keadaan kini adalah terkawal dan banjir belum diisytiharkan di negeri ini. Bilik Gerakan Bencana Negeri mula dibuka hari ini bagi penyaluran maklumat yang sahih dan terkini kepada orang ramai dan pihak media berkaitan banjir.

"Kita juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan gambar-gambar yang boleh mencetuskan situasi panik berkaitan situasi banjir di media sosial.  

"Orang ramai yang inginkan maklumat berkaitan banjir boleh layari laman web http://ift.tt/19jhzxa atau hubungi bilik gerakan di 09-6236655 atau 09-6236644," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di bilik gerakan itu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini. - Bernama


Demikianlah Artikel AIR DAH SERANG TRENGGANU

Sekianlah artikel AIR DAH SERANG TRENGGANU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AIR DAH SERANG TRENGGANU dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/air-dah-serang-trengganu.html

Subscribe to receive free email updates: