Judul : 11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas
link : 11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas
11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas
Terdapat persepsi yang mengatakan dalam komuniti pendidikan, guru-guru 'otai' atau guru-guru lama sangat bersikap negatif terhadap teknologi di dalam pendidikan. Ya, memang tidak semua, tapi tetap ada segelintir di kalangan kita.
1. Sukar untuk 'tergoda' dengan kecanggihan gajet-gajet terkini walaupun banyak manfaatnya jika ia digunakan di dalam proses PdP.
2. Bersikap kritikal dan skeptik untuk menggunakan teknologi di dalam bilik darjah
3. Kurang keyakinan dalam menggunakan aplikasi dan laman web, apatah lagi meneroka ciri-ciri teknologi yang lain
4. Mudah kecewa dengan kegagalan
5. Jarang dan tidak biasa menggunakan pelbagai aplikasi dan servis yang sekian lama menjadi sebahagian dalam urusan kehidupan
6. Lebih cenderung melihat teknologi dari aspek yang sangat sempit di dalam bilik darjah
Jadi bagaimana kita mahu menggalakkan golongan ini untuk lebih mesra dengan teknologi? Beberapa tips mungkin dapat membantu rakan-rakan guru semua.
1. Pastikan asas pedagogi anda kuat
Kebanyakan guru-guru muda yang mahir dengan teknologi kurang pula daripada aspek teori pendidikan dan pedagogi. Guru-guru lama ini pula sangat mahir dengan pengalaman dan teori pendidikan di dalam kelas. Oleh yang demikian, lengkapkan diri kita dengan pelbagai kaedah pedagogi yang relevan dengan teori supaya mudah menarik minat golongan-golongan 'otai' ini.
2. Pastikan latihan yang dianjurkan praktikal 'hands on'
Dengan hanya paparan slide berkenaan idea dan teori tidak akan banyak membantu golongan-golongan ini. Pastikan sesi LADAP atau latihan mempunyai peralatan yang sesuai untuk terus dipraktikan.
3. Beri contoh jelas dan 'solid' berkenaan apa yang telah anda lakukan
Dengan bercakap mengenai pengalaman melaksanakan sesuatu perkara sehingga berjaya akan memberikan impak yang lebih positif kepada golongan ini. Setiap kali teori diperkenalkan, cuba kaitkan dengan kejayaan anda melakukanya, ceritakan bagaimana masalah awal penggunaan, bagaimana ianya diatasi dan kejayaan yang diperoleh selepas itu.
4. Uruskan persepesi jangkaan
Bersangka baik dan positif dengan apa yang hendak disampaikan adalah perkara asas yang perlu ada, namun, buat juga persiapan bagi menutup kelemahan, isu-isu yang yang berpotensi untuk didebatkan dan jangan malu menceritakan mengenai kegagalan kita. Ini dapat membantu golongan-golongan ini mengulang kesilapan kita
5. Ambil masa untuk meneroka dan menguji
Jangan terlalu banyak dedahkan pelbagai peralatan dan aplikasi kepada golongan 'otai' ini. Urus masa yang sesuai dan mencukupi untuk mereka mahirkan dengan apa yang anda cuba sampaikan. Pastikan mereka dapat gunakan mengikut perspektif mereka sendiri apabila berada di dalam kelas.
6. 'Back up' latihan berbentuk teknikal
Latihan menggunakan peralatan teknologi semakin hari sebenarnya semakin mudah. Tetapi untuk golongan 'otai' ini, terlalu banyak langkah, dan butang menjadikan mereka mudah lupa. Oleh yang demikian, jangan lupa sediakan 'back up' setiap langkah yang telah dilatih supaya anda tidak kekeringan air liur untuk mengulang perkara yang sama berkali-kali. Buat dalam bentuk lukisan rajah ataupun video.
7. Mudahkan 'kehidupan' mereka
Sentiasa ungkapkan apabila menggunakan teknologi, perkara yang biasa kita lakukan setiap hari akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, sebelum mulakan sesuatu slot, tunjukkan kepada mereka satu contoh mudah seperti pautan untuk mencipta soalan. Berkongsi sesuatu yang biasa mereka lakukan akan membuka minda mereka untuk menerima perkara baru dengan lebih mudah.
8. Lakukan perkara yang mustahil
Ungkapan biasa yang diluahkan oleh golongan 'otai' ini adalah " Alaa, takde teknologi pun boleh juga buat...". Jika anda mampu tunjukkan mereka dengan menggunakan teknologi lebih memudahkan urusan mereka, nescaya anda akan mampu menarik perhatian dan memberi harapan positif kepada mereka.
9. Selesaikan masalah dalam bilik darjah
Jika kita mampu mencari masalah ketika PdP dalam bilik darjah dan menyelesaikannya dengan teknologi, ianya kan beri kelebihan. Sebagai contoh, latihan karangan yang selama ini bertulis dan tidak cukup masa untuk dihantar, pelajar boleh gunakan email untuk selesaikan dirumah.
10. Teknologi boleh digunakan dalam CPD (Continuing Profesional Development)
Salah satu sebab guru golongan 'otai' ini berasa kurang yakin dengan teknologi kerana mereka faham kegunaannya hanya di dalam bilik darjah. Dengan menunjukkan teknologi ini adalah sebahagian daripada kehidupan dan perkhidmatan terutama di dalam CPD atau Pembangunan Profesional Berterusan, keyakinan mereka boleh diperbaharui.
11. Pastikan semua beroperasi dengan baik
Perkara ini adalah perkara asas yang penting. Jika persediaan kita kurang, aplikasi tidak dikemaskini, browser pun masih guna versi lama, pautan dan talian internet tidak memuaskan, semua perkara ini akan mengganggu penyampaian input. Ingat, persepsi guru lama sangat sensitif apatah lagi melihatkan kaedah penyampaian yang gugup dan tidak menarik.
Melalui tip-tip di atas, mungkin anda berpendapat, "Ah, mengajar teknologi semua begitu, sama sahaja...". Ya, memang betul, tetapi harus diingat, ketika melangkah di dalam slot LADAP atau apa sahaja latihan, cuba rendahkan kaedah penyampaian kita dengan melihat wajah-wajah yang bakal dihadap. Jangan kecewa, tetapi berikan mereka peluang untuk belajar dan menguasai apa yang akan disampaikan.
Semoga berjaya!
Demikianlah Artikel 11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas
Sekianlah artikel 11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 11 Tips Melatih Guru 'Lama' Menggunakan Teknologi Dalam Kelas dengan alamat link https://kabarberitamalay.blogspot.com/2016/11/11-tips-melatih-guru-lama-menggunakan.html